Sunday, August 22, 2010

Aku dan Publisiti

Murahkah publisiti itu, walau pun aku dengan publisiti itu tidak dapat dipisahkan. Dunia publisiti kini datang menjemput aku. 

Sebelum ini aku bukan la seorang yang suka mencapap (mencari publisiti), tetapi selama ini aku banyak terlibat dengan kerja-kerja sebalik tabir. Lebih-lebih lagi publisiti. Selalunya AJK publisiti dan multimedia. 

Publisiti dan multimedia sudah sebati dengan darah daging aku. Sejak dahulu lagi.

Tapi kali ni publisiti itu datang menjemput aku. Terkeluar dalam surat khabar. 

Friday, August 20, 2010

Jauhnya berbuka!!!

Teringat puasa tahun lepas 2009. Mengembara dari Kuala Terengganu ke Putrajaya semata-mata untuk berbuka puasa dan pulang selepas itu. 

Mesti la di sponsor 100%. kalau tak menyesal pun ada. Jemputan dari PM Najib berbuka puasa dengan wakil IPTA di Malaysia. Katanya akan dibuat setiap tahun. Tapi belum dengar lagi berita tahun ini. 

Kalau orang jemput sekali lagi, pergi je la. Kalau tak, bukan rezeki la tu.


sempat pula berbual mesra dengan Menteri Pengajian Tinggi


Yang dibelakang tu kediaman rasmi TPM, berbaris nak tunggu PM

sempat lagi, kali ni dgn NC UMT

saper ta kenal?

2 penantian: tunggu PM dan berbuka

Terengganu Skylight

Cahaya aneh di langit Terengganu?

Ini adalah pancaran spotlight yang diambil dengan kamera 12mp satio, sony ericsson. No touch up, no photoshop. Original image by bksempoi...

Pulau bercahaya


Fenomena ini adalah fenomena biasa apabila yang lain dilindungi bayang, dan hanya pulau itu yang terkena pancaran matahari senja di Pulau Redang, Terengganu.

Kelapa vs. Nyior


Walau apa pun namanya, ianya sejenis pohon yang 1001 kegunaannya. Buahnya ada air, sedapnya diminum. Wah...lembutya isi nya. Tempurung, sabut, daun, lidi, batang... Serba serbi boleh pakai...

Khazanah

Lautan itu khazanah...
Sejauh mana pergerakan kemajuan ekonomi bergerak seiring lautan. 90% perdagangan dunia adalah melalui laut. Kebanyakan negara maju terletak di persisiran pantai.
Sumber proteinnya. Sumber tenaga. Oksigen. Ekosistem dunia. Semuanya berhubungkait dengan laut. Dan yang paling penting dan ramai tidak tahu bahawa lautlah yang mengawal suhu dunia.

Oh hujan...

Tidak dinafikan lagi bahawa hujan datang membawa seribu satu rahmat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Lumrah manusia memang tidak pernah berpuas hati. Apabila didatangnya cuaca yang panas, hujan didoakan untuk turun. Apabila hujan datang, manusia mengeluh kesusahan, gelisah dibuatnya. Bertanya bilakah hujan mahu berhenti?



Apa yang manusia mahukan sebenarnya! 


Walaupun panas atau hujan, itu semua adalah nikmat. Tugas manusia sekarang adalah bersyukur...