Friday, August 20, 2010

Oh hujan...

Tidak dinafikan lagi bahawa hujan datang membawa seribu satu rahmat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Lumrah manusia memang tidak pernah berpuas hati. Apabila didatangnya cuaca yang panas, hujan didoakan untuk turun. Apabila hujan datang, manusia mengeluh kesusahan, gelisah dibuatnya. Bertanya bilakah hujan mahu berhenti?



Apa yang manusia mahukan sebenarnya! 


Walaupun panas atau hujan, itu semua adalah nikmat. Tugas manusia sekarang adalah bersyukur...

No comments:

Post a Comment